Berita Semasa Peperiksaan Perkhidmatan Awam
Muka 1 - 5 daripada 1
pemberitahuan

Peperiksaan Khas (KPSL) untuk memasuki Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17 yang dijadualkan pada 3.6.2010 (Bahagian I) dan 8.6.2010 (Bahagian II) adalah DIBATALKAN selaras dengan peruntukan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 27 Tahun 2009.
Tarikh berita : 26/05/2010
Kategori : pemberitahuan
Fail lampiran : Tiada
Saiz fail : - byte
Alamat URL :
pemberitahuan

Dimaklumkan kepada calon Peperiksaan Undang-undang Kerajaan, mulai Siri 1/2010, sukatan peperiksaan bagi Bahagian II (5102B) tidak lagi menggunakan Akta Pencegahan Rasuah 1961 sebagai salah satu bahan rujukan, tetapi telah digantikan dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Dipohon kepada calon untuk mendapatkan bahan rujukan yang terkini dan tepat.
Tarikh berita : 24/03/2010
Kategori : pemberitahuan
Fail lampiran : Tiada
Saiz fail : - byte
Alamat URL :
pemberitahuan

Dimaklumkan bahawa berdasarkan sukatan Peperiksaan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) ke Jawatan Penolong Pegawai Latihan dan Vokasional (PPLV) Gred J30, calon yang layak menduduki peperiksaan tersebut adalah dari Skim Perkhidmatan PPLV Gred J17 dan J22 sahaja.
Tarikh berita : 24/03/2010
Kategori : pemberitahuan
Fail lampiran : Tiada
Saiz fail : - byte
Alamat URL :
keputusan peperiksaan

Keputusan Peperiksaan Undang-undang Kerajaan Bil. 1/2010 Ruj. JPA(S)1688/2 Jld. 34/(166) telah dipaparkan. Calon-calon boleh membuat semakan keputusan dan membuat permohonan untuk menduduki peperiksaan Bil. 2/2010 mulai sekarang.
Tarikh berita : 15/10/2009
Kategori : keputusan peperiksaan
Fail lampiran : Tiada
Saiz fail : - byte
Alamat URL : http://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/keputusan/