Pengenalan
pic

Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam. PTM juga merupakan satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi.

Program ini dibentuk bagi membolehkan pegawai memahami prinsip dan falsafah pembentukan negara, jentera pentadbiran kerajaan dan peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan.

PTM dilaksanakan dalam tempoh lima (5) hari meliputi tiga (3) segmen iaitu Negara dan Perkhidmatan Awam; Tanggungjawab dan Peranan Pegawai serta Budaya Kerja Kelas Pertama.

Pegawai yang disyaratkan mengikuti PTM adalah:
(a) pegawai lantikan pertama pada atau selepas 1 Januari 2013 yang berkhidmat secara tetap dalam Perkhidmatan Awam; dan
(b) pegawai dalam tempoh percubaan dan belum menghadiri Kursus Induksi - Modul Umum.

Pegawai yang sedang berkhidmat yang kemudiannya dilantik ke skim perkhidmatan atau perkhidmatan lain dikecualikan daripada menghadiri PTM dengan syarat:
(a) pegawai telah hadir dengan jaya PTM; atau
(b) hadir dengan jaya Kursus Induksi - Modul Umum; atau
(c) lulus Peperiksaan Am Kerajaan di skim perkhidmatan terdahulu.

Pelaksanaan PTM ini boleh dibuat tanpa mengira kumpulan perkhidmatan/gred jawatan atau dibuat secara berasingan mengikut kesesuaian Kementerian/Jabatan/Agensi.

Objektif
pic
(a) Memberi pendedahan kepada pegawai mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara, sistem pentadbiran kerajaan serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam;
(b) Memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme pegawai supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam;
(c) Menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar pegawai dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap serta berkesan; dan
(d) Menyediakan pegawai dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah negara maju.


Pekeliling
Bahan Rujukan
Soalan Lazim (FAQ)
Hubungi Kami & Maklumbalas
pic




Untuk sebarang pertanyaan masalah dan bantuan berkenaan Program Transformasi Minda boleh dikemukakan kepada urus setia seperti butiran di bawah:

Jabatan Perkhidmatan Awam,
Bahagian Perkhidmatan,
Sektor Penilaian Kompetensi,
Aras 4, Blok C3, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 WP.Putrajaya.

mygcc

Pusat Khidmat Pelanggan : 03 – 8000 8000 (MyGCC)
Emel :peperiksaan@jpa.gov.my

©2024 Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Penafian | Dasar Keselamatan | Portal JPA

Paparan terbaik: Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768