.: Jabatan Perkhidmatan Awam :.
Pekeliling
Maklumbalas
Pautan
Capaian Aplikasi
Dapatkan Mail percuma dari Google!
Sindikasi Berita PTK
Aplikasi pembacaan berita berasaskan "web" (web based) . Sila klik mengikut kesesuaian anda.
Soalan Lazim (FAQ) : Kaedah Penilaian Cetak

    Kaedah Penilaian Tahap Kecekapan
  1. Bolehkah agensi melaksanakan kaedah-kaedah yang berbeza di antara TK bagi sesuatu skim?
  2. Bolehkah agensi melaksanakan lebih daripada satu kaedah pada TK yang sama?
  3. Bolehkah Jabatan/Negeri/Agensi tidak menggunakan kaedah penilaian PTK baru?
  4. Bolehkah calon memilih mana-mana kaedah penilaian yang dikehendakinya?
  5. Adakah calon diwajibkan menduduki kedua-dua komponen Generik dan Fungsional sekaligus atau boleh memilih mendudukinya secara berasingan?
  6. Bolehkah pelaksanaan pengubahsuaian PTK dibuat pada tahun 2010 memandangkan soalan-soalan peperiksaan bagi tahun 2009 telah disiapkan?


  7. Lampiran B – Pusat Penilaian Kompetensi
  8. Adakah jabatan boleh mengubahsuai aktiviti penilaian dan wajaran berkaitan dalam PPK yang telah ditetapkan oleh JPA?
  9. Berapakah bilangan minimum calon yang sesuai untuk melaksanakan PPK?


  10. Syarat Menduduki Semula Atau Mengulangi PTK
  11. Apakah kaedah yang sesuai bagi skim yang mempunyai bilangan pegawai yang sedikit dan tidak dapat melaksanakan PPK?
  12. Apakah yang dimaksudkan dengan Penilaian Pemahaman?
  13. Apakah yang dimaksudkan dengan Penilaian Bertulis?
  14. Apakah yang dimaksudkan dengan Kertas Renungan?
  15. Apakah yang dimaksudkan dengan Penilaian Personaliti?
  16. Apakah yang dimaksudkan dengan Penilaian Pengurusan Kerja dan bagaimanakah ia dinilai?


  17. Lampiran C & D – Penilaian Kompetensi Berterusan (PKB) /Penilaian Berteraskan Latihan (PBL)
  18. Bagaimanakah membangunkan penilaian PKB?
  19. Apakah aktiviti penilaian Competency Based Training (CBT) bagi komponen generik kaedah PKB?
  20. Bagaimanakah membangunkan penilaian PBL?
  21. Bolehkah mata yang dikumpul untuk sesuatu TK digunakan untuk TK yang berikutnya?
  22. Berapakah jumlah mata yang diperlukan bagi penentuan Aras?


  23. Menduduki Semula Dalam tempoh Peralihan
  24. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘tempoh peralihan’?


  25. Urusan Menduduki Semula Penilaian Tahap Kecekapan Dalam Tempoh Peralihan
  26. Bolehkah calon yang telah lulus PTK Aras III mengikuti kaedah dalam tempoh peralihan untuk memperbaiki ke Aras IV?
  27. Kenapakah calon yang menduduki PTK dalam tempoh peralihan hanya boleh memperolehi keputusan terbaik pada Aras III sahaja?
  28. Bolehkah agensi mengubahsuai atau tidak melaksanakan kaedah dalam tempoh peralihan?
  29. Apakah ciri-ciri dan bentuk “Kertas Projek” bagi pegawai menduduki semula TK3 – TK6?
  30. Apakah ciri-ciri dan bentuk “Kertas Penilaian” bagi pegawai menduduki semula TK3 – TK6?
  31. Apakah ciri-ciri dan bentuk “Kertas Tugasan Generik” dan “Kertas Tugasan Fungsional” bagi pegawai menduduki semula TK1/TK2?
  32. Apakah ciri-ciri dan bentuk “penilaian pemahaman” bagi pegawai menduduki semula TK1-TK3 Kumpulan Sokongan Gred 17-40?
  33. Bolehkah calon yang belum pernah menduduki PTK, menduduki PTK dalam tempoh peralihan?
  34. Adakah keputusan terbaik kaedah lama Aras III/IV boleh digabungkan di dalam komponen kaedah baru?
  35. Apakah kaedah PTK yang boleh dijalankan bagi pegawai-pegawai yang ditumpangkan dalam tempoh peralihan?
  36. Sekiranya calon masih tidak melepasi PTK selepas menduduki semula dalam tempoh peralihan, apakah kaedah PTK yang harus diikuti?


Soalan 1:

Bolehkah agensi melaksanakan kaedah-kaedah yang berbeza di antara TK bagi sesuatu skim?

Contoh: TK1 – PBL; TK2 – PBL; TK3 – PKB; TK4 – PPK

Jawapan:

Boleh, tertakluk kepada persetujuan LPK masing-masing.

Kembali ke atas


Soalan 2:

Bolehkah agensi melaksanakan lebih daripada satu kaedah pada TK yang sama?

Cth: Skim A, Gred 41 TK1 menggunakan dua kaedah, PPK dan PBL.

Jawapan:

Tidak digalakkan kerana pegawai di gred yang sama dinilai dengan kaedah yang berbeza dari segi tempoh masa, aktiviti penilaian mungkin menimbulkan kesulitan penyelarasan dan persepsi calon.

Kembali ke atas


Soalan 3:

Bolehkah Jabatan/Negeri/Agensi tidak menggunakan kaedah penilaian PTK baru?

Jawapan:

Kaedah penilaian selain daripada yang dinyatakan di dalam SPP 19/2008 hendaklah mendapat kelulusan daripada Lembaga Penilaian Kompetensi Kementerian/Negeri/Agensi dan dikemukakan untuk mendapat pengesahan daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Kembali ke atas


Soalan 4:

Bolehkah calon memilih mana-mana kaedah penilaian yang dikehendakinya?

Jawapan:

Kaedah penilaian ditentukan oleh LPK masing-masing.

Kembali ke atas


Soalan 5:

Adakah calon diwajibkan menduduki kedua-dua komponen Generik dan Fungsional sekaligus atau boleh memilih mendudukinya secara berasingan?

Jawapan:

Calon boleh menduduki mana-mana komponen Generik atau Fungsional mengikut pilihan calon.

Kembali ke atas


Soalan 6:

Bolehkah pelaksanaan pengubahsuaian PTK dibuat pada tahun 2010 memandangkan soalan-soalan peperiksaan bagi tahun 2009 telah disiapkan?

Jawapan:

Pelaksanaan pengubahsuaian PTK perlu dibuat selewatnya 1 Julai 2009. Soalan yang sedia ada boleh disesuaikan untuk kaedah baru.

Kembali ke atas


Soalan 7:

Adakah jabatan boleh mengubahsuai aktiviti penilaian dan wajaran berkaitan dalam PPK yang telah ditetapkan oleh JPA?

Jawapan:

Ia boleh diubahsuai mengikut kesesuaian gred dan skim perkhidmatan dengan syarat dipersetujui oleh LPK masing-masing serta dikemukakan untuk persetujuan JPA (perenggan 9 Lampiran B kepada SPP).

Kembali ke atas


Soalan 8:

Berapakah bilangan minimum calon yang sesuai untuk melaksanakan PPK?

Jawapan:

Memandangkan PPK melibatkan aktiviti berkumpulan perbincangan dan persembahan kumpulan, bilangan minimum yang sesuai adalah tidak kurang daripada 5 orang calon.

Kembali ke atas


Soalan 9:

Apakah kaedah yang sesuai bagi skim yang mempunyai bilangan pegawai yang sedikit dan tidak dapat melaksanakan PPK?

Jawapan:

Pegawai boleh menumpang mana-mana kaedah penilaian bagi skim perkhidmatan yang sama di jabatan yang lain; atau Pegawai boleh menumpang mana-mana komponen/aktiviti penilaian bagi gred jawatan yang sama di jabatan/agensi yang lain di bawah LPK yang sama; atau LPK boleh menentukan kaedah lain yang sesuai dan mengemukakan kepada KPPA untuk mendapatkan persetujuan.

Kembali ke atas


Soalan 10:

Apakah yang dimaksudkan dengan Penilaian Pemahaman?

Jawapan:

Penilaian Pemahaman bermaksud soalan berbentuk aneka pilihan yang menguji calon dalam menilai tahap pengetahuan, kefahaman mengenai kompetensi gred jawatannya dan kebolehan menggunakannya dalam situasi berkaitan kerja.

Kembali ke atas


Soalan 11:

Apakah yang dimaksudkan dengan Penilaian Bertulis?

Jawapan:

Penilaian bertulis bermaksud penilaian dalam bentuk esei yang menguji calon berasaskan kepada pengetahuan, kefahaman dan kebolehan dalam mengaplikasi kemahiran analisis dan sintesis mengikut kompetensi gred jawatan.

Kembali ke atas


Soalan 12:

Apakah yang dimaksudkan dengan Kertas Renungan?

Jawapan:

Kertas Renungan bermaksud tugasan bertulis berasaskan kepada pandangan peribadi calon terhadap sesuatu isu atau persoalan berdasarkan pengalaman, pembacaan atau sesuatu persoalan khusus. Calon dikehendaki membuktikan kefahaman terhadap sesuatu isu dengan mengemukakan cadangan berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan pembelajaran semasa. Isu atau persoalan yang dibincangkan boleh diasaskan kepada aktiviti seperti tayangan video, lawatan, ceramah, kajian kes dan yang sebagainya. Aktiviti yang dijalankan hendaklah berupaya untuk menguji kompetensi fungsional pegawai mengikut tahap kecekapan dan aras kesukaran.

Kembali ke atas


Soalan 13:

Apakah yang dimaksudkan dengan Penilaian Personaliti?

Jawapan:

Penilaian Personaliti bermaksud penilaian yang dibuat bagi mengukur sifat-sifat positif yang merangkumi aspek-aspek seperti penampilan diri, kepimpinan, disiplin, keyakinan diri, kematangan berfikir, kerjasama dan sebagainya dalam melaksanakan tugas di sesuatu gred jawatan dan skim perkhidmatan.

Kembali ke atas


Soalan 14:

Apakah yang dimaksudkan dengan Penilaian Pengurusan Kerja dan bagaimanakah ia dinilai?

Jawapan:

Penilaian Pengurusan Kerja bermaksud penilaian ke atas kebolehan pegawai menguruskan kerja yang dilaksanakan ditempat bertugas selaras dengan kompetensi gred jawatan. Penilaian dibuat berdasarkan kepada pembentangan, soal jawab dan pembuktian pengurusan kerja dari aspek tugas/aktiviti/projek dan pencapaian serta impaknya di tempat bertugas calon yang dinilai oleh panel.

Kembali ke atas


Soalan 15:

Bagaimanakah membangunkan penilaian PKB?

Jawapan:

Kaedah untuk membangunkan PKB meliputi:

1. Menetapkan kategori CPD yang akan dinilai;

2. Menentukan aktiviti-aktiviti kompetensi yang boleh dinilai seperti pembentangan kertas kerja, penerbitan dan sebagainya;

3. Menentukan kursus-kursus/ceramah yang berkaitan dengan kompetensi pegawai mengikut kesesuaian gred pegawai yang boleh dinilai melalui CPD;

4. Menetapkan mata/point mengikut aktiviti;

5. Menetapkan mata maksimum yang boleh dikumpul bagi sesuatu kategori dan juga TK berkenaan;

6. Menentukan tempoh masa penilaian dan hendaklah ditetapkan dalam tempoh 12 bulan; dan

7. Menetapkan jumlah mata dan kombinasi kategori bagi penentuan Gred keputusan komponen.

Kembali ke atas


Soalan 16:

Apakah aktiviti penilaian Competency Based Training (CBT) bagi komponen generik kaedah PKB?

Jawapan:

Aktiviti penilaian CBT adalah berbentuk kursus berasaskan kompetensi generik yang mempunyai elemen penilaian yang boleh menggunakan format 60% penilaian sepanjang kursus dan 40% penilaian akhir kursus.

Kembali ke atas


Soalan 17:

Bagaimanakah membangunkan penilaian PBL?

Jawapan:

Kaedah untuk membangunkan PBL meliputi:

1. Menetapkan kursus-kursus berasaskan kompetensi pegawai yang perlu diikuti mengikut gred;

2. Menetapkan aktiviti-aktiviti penilaian sepanjang kursus serta penilaian akhir kursus;

3. Menetapkan pemarkahan mengikut aktiviti;

4. Menggabungkan markah bagi setiap aktiviti (penilaian sepanjang kursus+penilaian akhir=markah kursus);

5. Menggabungkan markah setiap kursus dan dibahagikan dengan jumlah kursus untuk penentuan gred komponen;

6. Menentukan tempoh masa penilaian samada dalam kursus sepenuh masa atau berperingkat-peringkat mengikut kesesuaian.

Kembali ke atas


Soalan 18:

Bolehkah mata yang dikumpul untuk sesuatu TK digunakan untuk TK yang berikutnya?

Jawapan:

Tidak boleh kerana pengumpulan mata hanya boleh digunakan untuk sesuatu TK pada gred hakiki pegawai.

Kembali ke atas


Soalan 19:

Berapakah jumlah mata yang diperlukan bagi penentuan Aras?

Jawapan:

Ditentukan oleh panel penilaian PKB/PBL dan di luluskan oleh LPK kem/jab/agensi masing-masing Jumlah mata yang dikumpul hendaklah menggambarkan penguasaan kompetensi yang setara dengan Aras iaitu Aras IV menguasai kompetensi pada aras kecemerlangan, Aras III menguasai kompetensi yang diperlukan di gred berkenaan, Aras II menguasai sebahagian kompetensi dan Aras I tidak menguasai kompetensi.

Kembali ke atas


Soalan 20:

Apakah yang dimaksudkan dengan 'tempoh peralihan' ?

Jawapan:

Tempoh peralihan adalah dari tarikh bermulanya pelaksanaan kaedah baru sehingga 31 Disember 2009.

Cth: Jika kaedah baru dilaksanakan pada 1 April 2009, tempoh peralihan adalah dari 1 April 2009 sehingga 31 Disember 2009.

Kembali ke atas


Soalan 21:

Bolehkah calon yang telah lulus PTK Aras III mengikuti kaedah dalam tempoh peralihan untuk memperbaiki ke Aras IV?

Jawapan:

Kaedah dalam tempoh peralihan hanya untuk calon yang masih belum lulus PTK (Aras I atau II).

Kembali ke atas


Soalan 22:

Kenapakah calon yang menduduki PTK dalam tempoh peralihan hanya boleh memperolehi keputusan terbaik pada Aras III sahaja?

Jawapan:

Kaedah penilaian yang digunakan adalah lebih mudah berbanding kaedah lama dan juga tidak menyamai standard kaedah baru. Aktiviti penilaian dalam tempoh peralihan ini disediakan khas untuk membantu calon melepasi tahap kompetensi.

Cth – Ujian dalam Kursus PTK telah digantikan dengan Kertas Penilaian dalam tempoh peralihan (Jumlah soalan juga telah dikurangkan)

Kembali ke atas


Soalan 23:

Bolehkah agensi mengubahsuai atau tidak melaksanakan kaedah dalam tempoh peralihan?

Jawapan:

Penilaian dalam tempoh peralihan ini disediakan khas untuk membantu calon yang belum lulus melepasi tahap kompetensi yang ditetapkan. Oleh itu, agensi perlu memberi ruang kepada calon yang belum lulus untuk melepasi PTK.

Kembali ke atas


Soalan 24:

Apakah ciri-ciri dan bentuk “Kertas Projek” bagi pegawai menduduki semula TK3 – TK6?

Jawapan:

 Kertas tugasan berasaskan kajian secara sistematik ke atas sesuatu projek mengikut Tahap Kecekapan di peringkat aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian di mana berkaitan.

 Format penyediaan Kertas Projek akan ditentukan panel penilaian.

  o Panjang kertas

     - Kumpulan Pengurusan dan Profesional

        • TK5/TK6 - 20-25 muka surat

        • TK3/TK4 - 15-20 muka surat

    - Kumpulan Sokongan

        • TK4 - 8-10 muka surat

  o Kualiti dan persembahan menarik, padat, menepati konteks, idea yang bernas dan realistik serta memenuhi ekspektasi kompetensi pada TK berkaitan

Kembali ke atas


Soalan 25:

Apakah ciri-ciri dan bentuk “Kertas Penilaian” bagi pegawai menduduki semula TK3 – TK6?

Jawapan:

 Kertas jawapan berasaskan satu soalan ujian Generik dan satu soalan ujian Fungsional mengikut Tahap Kecekapan di peringkat aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian di mana berkaitan yang disokong dengan teori/fakta, bukti kajian dan rujukan serta olahan yang mantap.

 Format penyediaan Kertas Penilaian akan ditentukan panel penilaian.

        o Panjang jawapan bagi setiap satu soalan adalah 10 hingga 12 muka surat

        o Jawapan padat, menepati konteks dan idea yang bernas dan realistik

        o 1 daripada 2 soalan perlu dijawab bagi setiap komponen generik dan fungsional

Kembali ke atas


Soalan 26:

Apakah ciri-ciri dan bentuk “Kertas Tugasan Generik” dan “Kertas Tugasan Fungsional” bagi pegawai menduduki semula TK1/TK2?

Jawapan:

 Kertas jawapan berasaskan soalan ujian Generik dan Fungsional yang disokong dengan fakta, prinsip, rasional dan rujukan serta olahan mengikut Tahap Kecekapan di peringkat kefahaman dan aplikasi.

 Format penyediaan Kertas Tugasan Generik dan Kertas Tugasan Fungsional akan ditentukan panel penilaian

        o Panjang jawapan 5 hingga 7 muka surat

        o Jawapan ringkas, padat, menepati konteks dan idea yang realistik

        o 2 daripada 4 soalan perlu dijawab bagi setiap kertas tugasan

Kembali ke atas


Soalan 27:

Apakah ciri-ciri dan bentuk “penilaian pemahaman” bagi pegawai menduduki semula TK1-TK3 Kumpulan Sokongan Gred 17-40?

Jawapan:

Penilaian Pemahaman bermaksud soalan berbentuk aneka pilihan yang menguji calon dalam menilai tahap pengetahuan, kefahaman mengenai kompetensi gred jawatannya dan kebolehan menggunakannya dalam situasi berkaitan kerja.

Kembali ke atas


Soalan 28:

Bolehkah calon yang belum pernah menduduki PTK, menduduki PTK dalam tempoh peralihan?

Jawapan:

Calon yang belum pernah menduduki PTK hendaklah menduduki PTK kaedah baru kerana tempoh peralihan ialah untuk pegawai yang telah menduduki PTK sebelum kaedah baru dan belum lulus.

Kembali ke atas


Soalan 29:

Adakah keputusan terbaik kaedah lama Aras III/IV boleh digabungkan di dalam komponen kaedah baru?

Jawapan:

Ya, boleh digabungkan dengan komponen terbaik yang berkaitan di bawah kaedah baru. Walaubagaimanapun pegawai hanya layak menduduki sekali sahaja bagi membaiki aras di gred berkenaan.

Kembali ke atas


Soalan 30:

Apakah kaedah PTK yang boleh dijalankan bagi pegawai-pegawai yang ditumpangkan dalam tempoh peralihan?

Jawapan:

Menggunakan kaedah yang sama seperti diperuntukkan di Lampiran F.

Kembali ke atas


Soalan 31:

Sekiranya calon masih tidak melepasi PTK selepas menduduki semula dalam tempoh peralihan, apakah kaedah PTK yang harus diikuti?

Jawapan:

Calon yang masih belum lulus komponen PTK di dalam tempoh peralihan hanya perlu mengikuti keseluruhan kaedah atau aktiviti penilaian komponen yang berkaitan.

Kembali ke atas

UTAMA | PEKELILING | PERMOHONAN | KEPUTUSAN | JADUAL | SUKATAN | HUBUNGI KAMI | PORTAL JPA
Penafian :
Kerajaan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa
kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari
laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh
Jabatan Perkhidmatan Awam.
masa dijana : 0.0000 saat  CSS valid CSS valid
Hakcipta 2005 © Bahagian Teknologi Maklumat, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Sesuai dengan paparan 1024 x 768 pixel menggunakan Internet Explorer atau Mozilla Firefox.