.: Jabatan Perkhidmatan Awam :.
Pekeliling
Maklumbalas
Pautan
Capaian Aplikasi
Dapatkan Mail percuma dari Google!
Sindikasi Berita PTK
Aplikasi pembacaan berita berasaskan "web" (web based) . Sila klik mengikut kesesuaian anda.
Soalan Lazim (FAQ) : Perkara Umum Pengubahsuaian PTK Cetak

Soalan 1:

Apakah perkara yang diubahsuai dalam PTK yang diperkenalkan dalam SPP Bil 19 Tahun 2008?

Jawapan:

Terdapat dua perkara yang diubahsuai di dalam PTK yang diperkenalkan iaitu:

Kaedah penilaian:
• Bagi gred 17 hingga 54 tiga kaedah diperkenalkan:
      - Pusat Penilaian Kompetensi (PPK)
      - Penilaian Kompetensi Berterusan (PKB)
      - Penilaian Berteraskan Latihan (PBL).
• Bagi gred 1 hingga 16, ujian bertulis tidak lagi digunakan sebagai kaedah penilaian.

Aspek pengurusan:

• kelonggaran syarat menduduki PTK bagi pegawai yang memangku/dipinjamkan/ditukar sementara;
• kedudukan PTK bagi pegawai yang ditukar lantik;
• syarat penumpangan PTK;
• mewajibkan soalan berkaitan kewangan;
• peningkatan komitmen kepada calon menduduki PTK;
      o penangguhan 12 bulan jika tidak hadir tanpa alasan munasabah
      o peluang sekali sahaja untuk memperbaiki keputusan Aras III
• perubahan bentuk keputusan bagi komponen penilaian;
• pemanjangan nilai taraf;dan
• penstrukturan semula program bimbingan PTK selaras dengan program latihan.

Kembali ke atas


Soalan 2:

Bilakah pengubahsuaian PTK akan dilaksanakan?

Jawapan:

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2009.
Pelaksanaan sebenar pengubahsuaian PTK tertakluk kepada kesediaan agensi pelaksana tetapi tidak lewat dari 1 Julai 2009.

Kembali ke atas

UTAMA | PEKELILING | PERMOHONAN | KEPUTUSAN | JADUAL | SUKATAN | HUBUNGI KAMI | PORTAL JPA
Penafian :
Kerajaan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa
kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari
laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh
Jabatan Perkhidmatan Awam.
masa dijana : 0.0000 saat  CSS valid CSS valid
Hakcipta 2005 © Bahagian Teknologi Maklumat, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Sesuai dengan paparan 1024 x 768 pixel menggunakan Internet Explorer atau Mozilla Firefox.