Jabatan Perkhidmatan Awam
LEMBAGA PENILAIAN KOMPETENSI
PERKHIDMATAN GUNASAMA DI BAWAH KPPA
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

PERMOHONAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN (PTK)
BAGI KUMPULAN SOKONGAN




  1. Pastikan pemohon mendapat kelulusan dan pengesahan kelayakan daripada Ketua Jabatan sebelum membuat permohonan.
  2. Permohonan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) melalui portal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hanyalah untuk pegawai perkhidmatan Gunasama di bawah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) iaitu bagi klasifikasi perkhidmatan M, N, F, J, W dan S sahaja dan telah disahkan dalam perkhidmatan.
  3. Pastikan pemohon merujuk Jadual PTK Bagi Kumpulan Sokongan yang dikeluarkan oleh Lembaga Penilaian Kompetensi Perkhidmatan Gunasama di bawah KPPA bagi tahun yang berkenaan atau melalui laman web JPA untuk mengetahui butir-butir penilaian sebelum mengisi borang.
  4. Calon dibenarkan memohon penilaian lebih daripada sekali setahun bagi Tahap Kecekapan (TK) yang beliau layak HANYA SETELAH memperolehi keputusan PTK yang terdahulu.
  5. Pastikan maklumat yang dikemukakan adalah benar. Sekiranya maklumat didapati tidak benar keputusan Penilaian Tahap Kecekapan berkenaan akan TERBATAL.
  6. Calon yang tidak mendaftar tidak dibenarkan menduduki penilaian.
  7. Calon tidak dibenarkan menukar pusat penilaian.
  8. Keputusan permohonan boleh disemak secara online melalui Semakan Status Permohonan DUA(2) minggu sebelum tarikh penilaian.
  9. Sila klik di sini untuk membaca Panduan Mengisi Borang.

Panduan Mengisi Borang Melalui Laman Web

  1. Pilih menu Permohonan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) .
  2. Skrin borang akan dipaparkan. Hanya penilaian yang belum ditutup permohonannya sahaja akan dipaparkan di skrin.
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan sistem akan semak perkara-perkara tersebut.
  4. Sekiranya terdapat kesalahan atau maklumat tidak diisi, mesej kesalahan akan dipaparkan. Betulkan kesalahan mengikut kesalahan yang dipaparkan.
  5. Bagi sesuatu jenis penilaian, anda dibenarkan memohon LEBIH daripada SATU (1) bahagian. Sila rujuk kepada Jadual PTK Tahunan Lembaga Penilaian Kompetensi Perkhidmatan Awam untuk mengetahui bahagian yang perlu diambil.
  6. Pilih bandar di mana penilaian akan diambil dan anda dinasihatkan memilih bandar yang paling hampir dengan pejabat tempat anda bertugas. Walaubagaimanapun, penempatan Pusat penilaian akan ditentukan oleh Cawangan Pengurusan Kompetensi, Bahagian Perkhidmatan, JPA. Bagi calon luar negeri, pilih negara tempat anda sedang berkhidmat dari senarai yang diberikan.
  7. Setelah kesemua maklumat disemak dan telah didapati lengkap, klik butang Hantar untuk hantar maklumat.
  8. Slip jawapan penerimaan permohonan akan dipaparkan kepada pemohon selepas borang dihantar melalui WEB. Slip ini perlu dicetak bagi tujuan bukti permohonan.

Muka depan | Portal JPA | Laman Utama
Bantuan Teknikal: helpptk@jpa.gov.my
Untuk sebarang pertanyaan dan masalah berkenaan PTK , sila alamatkan kepada Email Pentadbir ptk@jpa.gov.my

© BPM 2010