.: Jabatan Perkhidmatan Awam :.
Pekeliling
Maklumbalas
Pautan
Capaian Aplikasi
Dapatkan Mail percuma dari Google!
Sindikasi Berita PTK
Aplikasi pembacaan berita berasaskan "web" (web based) . Sila klik mengikut kesesuaian anda.
Soalan Lazim (FAQ) : Aspek Pengurusan Cetak
    Kelonggaran Syarat Menduduki PTK
  1. Kenapa pegawai yang memilih kelonggaran syarat menduduki PTK hanya dipertimbangkan keputusan terbaik pada Aras III?
  2. Kenapa pegawai yang memilih kelonggaran syarat menduduki PTK tidak diberikan peluang mendapat Aras IV?
  3. Bolehkah pegawai yang memangku dan memperolehi keputusan Aras III menyemak semula keputusan tersebut setelah menerima surat penyiaran kenaikan pangkat?

  4. Soalan Pengurusan Kewangan
  5. Apakah rasional mewajibkan menjawab soalan pengurusan kewangan?
  6. Bagaimanakah skop soalan bagi skim perkhidmatan yang tidak terlibat secara langsung dengan pengurusan kewangan?

  7. Penetapan Keputusan Penilaian Tahap Kecekapan
  8. Adakah keputusan PTK yang diperolehi sebelum kaedah baru dilaksanakan, masih boleh digunakan?


  9. Memperbaiki Keputusan Penilaian Tahap Kecekapan
  10. Kenapa peluang untuk memperbaiki keputusan Aras III hanya sekali sahaja?
  11. Adakah calon yang beberapa kali memperbaiki keputusan Aras III dalam kaedah lama masih berpeluang memperbaiki keputusan ke Aras IV dalam kaedah baru?

  12. Syarat Menduduki Semula Atau Mengulangi PTK
  13. Kenapa calon yang tidak hadir tanpa alasan munasabah dikenakan penangguhan?
  14. Bilakah tempoh 12 bulan penangguhan bermula?

  15. Penetapan Tarikh Lulus Penilaian Tahap Kecekapan
  16. Apakah rasional ditetapkan tarikh lulus PTK pada hari terakhir melengkapkan PTK?

  17. Kekerapan Pelaksanaan Penilaian Tahap Kecekapan
  18. Adakah calon berpeluang menduduki PTK sehingga 4 kali setahun di bawah kaedah baru?

  19. Kursus/Modul Kenegaraan
  20. Kenapakah pegawai lantikan pertama 2 Januari 2002 dan selepasnya disyaratkan mengikuti Kursus Kenegaraan?
  21. Jika pegawai dilantik semula ke skim perkhidmatan lain ataupun sama pada atau selepas 2 Januari 2002, adakah perlu mengikuti kursus kenegaraan tersebut?
  22. Bolehkah pegawai yang dilantik selepas 2 Januari 2002 dan telah lulus PTK Aras IV tetapi belum mengikuti Kursus Kenegaraan, dipertimbangkan untuk Anjakan Gaji dan kenaikan pangkat?

  23. Kedudukan Penilaian Tahap Kecekapan Bagi Pegawai Yang Ditukar Lantik
  24. Kenapa pegawai yang ditukar lantik ke gred yang lebih tinggi perlu menduduki PTK di gred yang baru?

 


Soalan 1:

Kenapa pegawai yang memilih kelonggaran syarat menduduki PTK hanya dipertimbangkan keputusan terbaik pada Aras III?

Jawapan:

Keputusan pada Aras III adalah memadai untuk membolehkan pegawai dinaikkan pangkat dalam jawatan yang dipangku, terutama bagi pegawai yang memangku melangkau gred tanpa menunggu urusan pengesahan di gred tersebut.

Cth : Hakiki Gred 44, memangku Gred 52. Telah lulus TK3 tetapi belum disahkan di Gred 48, kini boleh menduduki TK4.

Kembali ke atas


Soalan 2:

Kenapa pegawai yang memilih kelonggaran syarat menduduki PTK tidak diberikan peluang mendapat Aras IV?

Jawapan:

Pegawai masih berpeluang mendapat Aras IV sekiranya menduduki PTK pada gred hakiki yang lebih tinggi. Peruntukan ini adalah berbentuk pilihan.

Kembali ke atas


Soalan 3:

Bolehkah pegawai yang memangku dan memperolehi keputusan Aras III menyemak semula keputusan tersebut setelah menerima surat penyiaran kenaikan pangkat?

Jawapan:

Pegawai yang memilih untuk menduduki PTK dalam tempoh memangku sudah sedia maklum akan keputusan terbaik yang boleh dicapai. Oleh itu pegawai berpeluang mendapat Aras IV sekiranya menduduki PTK pada gred hakiki.

Kembali ke atas


Soalan 4:

Apakah rasional mewajibkan menjawab soalan pengurusan kewangan?

Jawapan:

Bagi memastikan pegawai awam benar-benar memahami tatacara dan prosedur kewangan.

Kembali ke atas


Soalan 5:

Bagaimanakah skop soalan bagi skim perkhidmatan yang tidak terlibat secara langsung dengan pengurusan kewangan?

Jawapan:

Skop soalan hendaklah menekankan kepada aspek integriti, perbelanjaan berhemah, pengendalian aset Kerajaan dan segala aspek kewangan yang bersesuaian.

Kembali ke atas


Soalan 6:

Adakah keputusan PTK yang diperolehi sebelum kaedah baru dilaksanakan, masih boleh digunakan?

Jawapan:

   Boleh kerana keputusan PTK masih dalam bentuk Aras iaitu Aras I, II, III atau IV.

   Pengubahsuaian hanya melibatkan penjenamaan semula keputusan komponen daripada ‘aras’ kepada ‘gred’.

   Kombinasi keputusan boleh dirujuk kepada contoh Jadual 2 Lampiran E.

Kembali ke atas


Soalan 7:

Kenapa peluang untuk memperbaiki keputusan Aras III hanya sekali sahaja?

Jawapan:

   Pegawai yang telah mendapat Aras III telah membuktikan penguasaan kompetensi yang baik dan telah memenuhi kompetensi yang diperlukan di gred berkenaan.

   Dari segi keperluan kerjaya, pegawai berkenaan tidak perlu lagi menduduki semula PTK. Walau bagaimanapun, peluang masih lagi diberikan untuk membaiki keputusan.

   Peluang menduduki semula PTK sewajarnya diberikan keutamaan kepada pegawai yang belum lulus.

   Memastikan pegawai betul-betul bersedia, komited dan serius ketika menduduki penilaian PTK.

Kembali ke atas


Soalan 8:

Adakah calon yang beberapa kali memperbaiki keputusan Aras III dalam kaedah lama masih berpeluang memperbaiki keputusan ke Aras IV dalam kaedah baru?

Jawapan:

Ya. Calon masih mempunyai peluang sekali untuk membaiki keputusan Aras III bermula apabila kaedah baru dilaksanakan.

Kembali ke atas


Soalan 9:

Kenapa calon yang tidak hadir tanpa alasan munasabah dikenakan penangguhan?

Jawapan:

  Untuk memberi peluang yang mencukupi kepada calon untuk membuat persediaan bagi tujuan mendapat keputusan yang lebih baik.

  Memastikan calon lebih bersedia dan komited serta tidak mengambil mudah urusan PTK kerana ianya melibatkan perbelanjaan kerajaan.

Kembali ke atas


Soalan 10:

Bilakah tempoh 12 bulan penangguhan bermula?

Jawapan:

Penangguhan 12 bulan bermula dari tarikh PTK yang tidak dihadiri.

Cth: Tarikh tidak hadir 5 Januari 2009. Tarikh PTK berikutnya yang boleh dihadiri ialah pada 5 Januari 2010 dan seterusnya

Kembali ke atas


Soalan 11:

Apakah rasional ditetapkan tarikh lulus PTK pada hari terakhir melengkapkan PTK?

Jawapan:

 Bagi menyeragamkan penentuan tarikh lulus untuk semua kaedah yang mempunyai jangka masa penilaian yang berbeza-beza.

 Pegawai diiktiraf lulus hanya setelah mengikuti semua aktiviti penilaian yang ditetapkan dalam kaedah.

Kembali ke atas


Soalan 12:

Adakah calon berpeluang menduduki PTK sehingga 4 kali setahun di bawah kaedah baru?

Jawapan:

Peluang menduduki PTK tertakluk kepada kaedah yang digunakan setelah mengambil kira bilangan calon, tempoh/aktiviti penilaian digunakan dan keupayaan pengurusan.

Kembali ke atas


Soalan 13:

Kenapakah pegawai lantikan pertama 2 Januari 2002 dan selepasnya disyaratkan mengikuti Kursus Kenegaraan?

Jawapan:

Tarikh ini diselaraskan bagi tujuan menjelaskan maksud peruntukan tempoh pegawai yang disyaratkan mengikuti Kursus Kenegaraan sebagaimana di dalam perenggan 2 & 4 SPP 3/2005 yang dibatalkan.

Kembali ke atas


Soalan 14:

Jika pegawai dilantik semula ke skim perkhidmatan lain ataupun sama pada atau selepas 2 Januari 2002, adakah perlu mengikuti kursus kenegaraan tersebut?

Jawapan:

Pegawai berkenaan tidak dianggap sebagai lantikan pertama. Pegawai yang bukan lantikan pertama pada atau selepas 2 Januari 2002 tidak disyaratkan mengikuti kursus kenegaraan.

Cth 1: Lantikan pertama N11 – 2 April 1997, lantikan kedua KPSL N17 – 3 April 2007.

Cth 2: Lantikan pertama DG29 – 11 Disember 1995, lantikan kedua DG41 – 3 Jun 2005.

Kembali ke atas


Soalan 15:

Bolehkah pegawai yang dilantik selepas 2 Januari 2002 dan telah lulus PTK Aras IV tetapi belum mengikuti Kursus Kenegaraan, dipertimbangkan untuk Anjakan Gaji dan kenaikan pangkat?

Jawapan:

Tidak boleh, kerana pegawai belum melengkapkan syarat lulus PTK di TK1.

Kembali ke atas


Soalan 16:

Kenapa pegawai yang ditukar lantik ke gred yang lebih tinggi perlu menduduki PTK di gred yang baru?

Jawapan:

Pegawai perlu menduduki PTK di gred yang baru kerana kompetensi di gred sebelum ditukar lantik adalah tidak sama.

Kembali ke atas

UTAMA | PEKELILING | PERMOHONAN | KEPUTUSAN | JADUAL | SUKATAN | HUBUNGI KAMI | PORTAL JPA
Penafian :
Kerajaan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa
kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari
laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh
Jabatan Perkhidmatan Awam.
masa dijana : 0.0000 saat  CSS valid CSS valid
Hakcipta 2005 © Bahagian Teknologi Maklumat, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Sesuai dengan paparan 1024 x 768 pixel menggunakan Internet Explorer atau Mozilla Firefox.